Thursday, July 29, 2010

AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berparti bersama Paris Hilton

AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berparti bersama Paris Hilton: "




PARIS HILTON



NEW YORK - Seorang jurucakap selebriti Paris Hilton menafikan dia dibayar AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berparti bersama seorang bilionair Malaysia Taek Jho Low, lapor akhbar New York Post semalam.



Jurucakap berkenaan sebaliknya memberitahu, mereka hanya bersahabat.

Paris yang dikenali ramai sebagai pewaris empayar Hotel Hilton mendapat liputan meluas media baru-baru ini selepas dia dilihat bercuti di St. Tropez, Perancis bersama bilionair itu dan beberapa orang rakan mereka.



Paris minum champagne dan berparti di sebuah kapal layar mewah bersama ahi perniagaan Malaysia itu semasa bercuti musim panas di Eropah sekali gus mencetuskan spekulasi dia menerima bayaran lumayan untuk 'menghangatkan' percutian bilionair tersebut.



Bagaimanapun, jurucakap selebriti tersebut bertegas bahawa spekulasi mengenai bayaran itu adalah tidak benar.

'Mereka cuma berkawan. Jho telah mengundang Paris dan adiknya, Nicky ke St. Tropez sebagai rakan. Bilionair itu tidak membayar Paris walaupun dia amat pemurah,' kata jurucakap berkenaan.

Menurut akhbar The Star, Jho Low berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan merupakan anak lelaki bongsu Datuk Larry Low.



Dia mendakwa memperolehAS$1 juta semasa berusia 20 tahun dan menubuhkan syarikat pelaburan Wynton Group pada 2003 dengan modal AS$25 juta (RM79.8 juta). - Agensi





Back to HomePage

0 komentar:

Post a Comment

tinggalkan pesan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...